# SAHABATKU #

iklan

11 Ogos 2012

Soalan Ketika Berpuasa ( 1 )

Bismillahirrahmanirrahim........


Soalan:        Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:     Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei makruh memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan:      Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang ? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:    Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan:      Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:     Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh.
Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu. Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan:       Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:    Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi,
 maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.



6 ulasan:

  1. pERSOALAN YAG SERING BERMAIN DIFIKIRAN KEBANYAKAN KITA...PERKONGSIAN YG MEMBERI MANFAAT....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaka...nape x tnye Ustaz2 yg dok ada..:)
      jgn di biarkan bermain di fikiran je..:)
      kena amik taw bab2 ibadah..:)
      tanks singgah...

      Padam
  2. iman suke la..kdg2 benda 2 iman tau tapi xtau cmne nk tergkan kt org laen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..skang dah tau la kan...
      boleh terang la lpas nih..hehehhe

      Padam
  3. Thanks for sharing..
    Manusia mmg selalu nk diingati walaupun tahu tapi kadangkala lupe. :)

    Salam 23 Ramadhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...
      sama2 kita saling ingat mengingatkan..:)

      Padam

Terima kasih kpd sahabat yg sudi Coment...:)
Klu Sudi DTg lg......Taqiee akn Follow Balik...:)
Syukran A-laikom Jami-an :)