# SAHABATKU #

iklan

11 Ogos 2012

Soalan ketika Berpuasa ( 2 )

Bismillahirrahmanirrahim..........

Soalan:    Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu ?

Jawapan:  Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan:    Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka,
pada bulan apakah diwajibkan berpuasa.

Jawapan:   Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Soalan:      Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan

Jawapan:   Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan:      Bilakah yang dikatakan Hari Syak

Jawapan:   Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat :
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan:      Adakah harus berpuasa di Hari Syak

Jawapan:    Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada'
 dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.
 

                                                                         taqieeummu

11 ulasan:

  1. terima kasih kasih atas penjelasan yg diberi..bru faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...bersama kita tmbah ilmu

      Padam
  2. Erm.. ada jugak tanya ustaz pasal ambil suntikan ketika berpuasa.. ustaz kata tak batal, and dia ada bg penjelasan, tp sy xigt la hujah dia..agak panjang jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeake..mmg bab ini bnyak pendapat dri ulamak terdahulu..
      sama2 kita kongsikan..:)

      Padam
  3. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama- sama isabel diaz..:)
      tanks sudi baca..:)

      Padam
  4. mcm tu rupanya..

    husna singgah sini..
    follow taqie balik..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..lagu tuuu laa..hehehhe
      tanks singgah n follow taqie..:)

      Padam
  5. Balasan
    1. Ur welcome..tanks singgah sini..:)

      Padam
  6. byk sebenarnya yg kita tak tahu.... terima kasih sahabat diatas jawapan2 yg diberi......

    BalasPadam

Terima kasih kpd sahabat yg sudi Coment...:)
Klu Sudi DTg lg......Taqiee akn Follow Balik...:)
Syukran A-laikom Jami-an :)