# SAHABATKU #

iklan

30 Jun 2012

ANTARA KELEBIHAN AL - QURAN



Antara kelebihan membaca al-Quran
1] Ibadah yang paling utama dari segi bacaan

2]1Pahala membaca satu huruf daripada al-quran : Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan al -Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3] Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

4] Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5] Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

6] Pada hari kiamat al-Quran menjadi pembela.

7] Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

8] Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9] Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin.

10] Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

11] Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12] Jika dibaca dari dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

13] Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) akan mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

14] Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.

15] Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16] Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

17] Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18] Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.

19] Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Masa yang diutamakan Membaca al-Quran : Tengah malam sehingga fajar, antara maghrib dan isyak dan sesudah solat subuh.

 

PETUA MENCUCI HATI


Bismillahirrahmanirrahim

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan….

3 Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.

5.. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku
sebenarnya.. ….(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



Wallahu A'lam....

Mengapa Mengeluh...???




Bismillahirrahmanirrahim


Kita selalu Bertanya?…….dan Al-Quran sudah menjawabnya. ……….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 87
 
Wallahu A'lam..

“10 AMALAN YANG TERBALIK”



  Bismillahirrahmanirrahim

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah diimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

25 Jun 2012

Kelebihan Ayatul kursi





1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Perbezaan Hukuman Sebat Cara Islam dan Cara Civil


Puisi Seorang yg bernama Insan

Seseorang telah menghantar kepada ana sebuah puisi yg sgt menyentuh jiwa ana, maka ana akan kongsikan bersama pembaca sekalian..


PENYESALAN..

Semalam..
Aku menyusuri jalan bahagia…
Syurga remaja yang tiada pernah akan ada akhirnya,
Menyeret dosa-dosa dunia yang penuh noda,
Debu-debu berterbangan menyaluti jiwa,
Jiwaku layu dalam dakapan dosa dunia,
Kini…
Aku terperangkap dalam jiwa hampa,
Menyesali setiap langkah yang aku teroka,
Bagai wayang kulit yang tertera,
Aku gementar lalu terpana,
Betapa ruginya selama aku hidup didunia,
Esok…
Mengharap masih ada sinar bahagia,
Inginku cari identiti jiwa mulia,
Agar ku Nampak jalan menuju ke syurga,
Mengharap pengampunan yang maha Esa,
Ya Allah tuhan alam semesta….

Hukum Mencium Tangan




Bagaimana hukumnya mencium tangan, baik orangtua, guru, atau orang lain yang kita hormati?

Banyak orang yang mudah mengatakan bahwa sesuatu itu bid’ah, tak ada dasarnya, dan sebagainya, tanpa memeriksanya dengan saksama. Di antaranya adalah dalam masalah mencium tangan.

Banyak hadits yang menyebutkan masalah mencium tangan. Di antaranya dan Sayyidina Jabir disebutkan bahwa Sayyidina Umar mencium tangan Rasulullah SAW

Demikian diriwayatkan oleh Al-Hafizh lbn Al-Muqri Al-Ashbihani. Sedangkan dalam riwayat dari Ummu Aban binti Al- Wari` bin Zari` dari saudaranya, Zari`, disebutkan bahwa saudaranya itu, yang suatu ketika berada dalam rombongan Abdul Qais, mengatakan, "Ketika datang ke Madinah, kami segera beranjak dari kendaraan-kendaraan kami lalu mencium tangan dan kaki Nabi SAW" Hadits ini disebutkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dalam At-Tarikh Al-Kabir.
Juga diriwayatkan oleh Abu Daud, AthThabarani, dan Ahmad.

Ibnu Jad'an meriwayatkan bahwa Tsabit bertanya kepada Anas, `Apakah engkau pernah memegang Nabi SAW dengan tanganmu?"
Anas menjawab, "Ya."
Maka Tsabit pun mencium tangan¬nya.

Di dalam kitab Fath AI-Bari, karya Ibnu Hajar AI-Asqalani, disebutkan bahwa Abu Lubabah, Ka ab bin Malik, dan dua orang sahabat Ka ab mencium tangan Nabi SAW setelah Allah menerima taubat mereka.

Dalam sebuah keterangan, Shuhaib mengatakan, `Aku melihat Ali mencium tangan dan kaki Al-Abbas." Demikian disebutkan oleh Al-Bukhari dalam Al Adab Al-Mufrad. Ibnu Katsir dalam kitabnya, Al-Bidayah wa An-Nihayah, dalam keterangan mengenai penaklukan Baitul Maqdis oleh Umar bin Al-Khaththab, mengatakan, "Ketika sampai di Syam, Umar disambut oleh Abu Ubaidah dan para pembesar, seperti Khalid bin Al Walid. Abu Ubaidah dan Umar berjalan saling mendekat, Abu Ubaidah ingin mencium tangan Umar sedangkan Umar ingin mencium kaki Abu Ubaidah. Abu Ubaidah menolak, maka Umar pun menolak"

Para tokoh ulama dari berbagai madzhab pun menjelaskan bolehnya mencium tangan. Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya, Fath AI-Bari, menyebutkan bahwa AI-Imam An-Nawawi mengatakan, "Mencium tangan seseorang kerana kezuhudannya, keshalihannya, ilmunya, kemuliaannya, atau alasan-alasan keagamaan lainnya, adalah sesuatu yang tidak makruh, bahkan disunnahkan. Tetapi jika mencium tangan seseorang kerana memandang kekayaannya, kekuasaannya, atau kedudukannya di kalangan ahli dunia, itu perbuatan yang sangat dibenci."

Al-Allamah AI-Bajuri dalam Hasyiyahnya mengatakan, "Dan disunnahkan mencium tangan karena alasan keshalihan dan alasan-alasaan keagamaan lainnya, seperti ilmu dan kezuhudan. Tetapi perbuatan mencium tangan itu dibenci apabila kerana kekayaan dan alasan - alasan keduniaan yang lain, seperti kekuasaan atau kedudukan."

Bukan hanya para ulama Madzhab Syafii yang berpendapat demikian. Para ulama dari madzhab-madzhab lain juga menegaskan hal yang sama. lbnu Abidin, salah seorang pemuka Madzhab Hanafi, mengatakan dalam Hasyiyah-nya, 'Tak apa-apa mencium tangan seorang alim yang wara` untuk mendapatkan keberkahan, dan ada pula yang mengatakan bahwa itu sunnah."AI-Allamah Ath-Thahawi, pemuka Madzhab Hanafi, pun mengatakan, "Mencium tangan seorang alim atau sultan yang adil (kerana keadilannya, bukan kerana kekuasaannya) adalah dibolehkan."

Kemudian ia mengatakan, "Kesimpulan dari apa yang kami sebutkan adalah bahwa mencium tangan itu sesuatu yang dibolehkan."
Az-Zaila’i dalam kitabnya, Tabyin Al¬Haqaiq, mengatakan, "Dalam Al-Jami' Ash-Shaghir dikatakan: Asy-Syaikh AI¬Imam As-Sarkhasi dan sebagian ulama mutaakhirin membolehkan mencium tangan seorang alim atau seorang yang wara` dengan maksud mendapatkan keberkahan." Sedangkan Ats-Tsauri mengatakan, "Mencium tangan seorang alim atau sultan yang adil adalah sunnah."

Al-Allamah As-Sifaraini, tokoh ulama Madzhab Hanbali, mengatakan dalam kitabnya, Ghidza' Al-Albab, bahwa Al¬ Marwadzi menyebutkan, `Aku pernah bertanya kepada Abu Abdillah (yakni Imam Ahmad bin Hanbal) mengenai mencium tangan. Beliau menjawab, Jika itu dilakukan karena alasan agama, tidak apa-apa. Tetapi bila kerana alasan dunia, tidak dibolehkan."

As-Sifaraini juga mengatakan, `AI¬ Hafizh Ibn AI-Jauzi menjelaskan, 'Sepatutnya seorang penuntut ilmu sangat tawadhu' kepada seorang alim dan merendahkan diri kepadanya, dan di antara ketawadhu’an itu adalah mencium tangan. Sufyan bin Uyainah dan Fudhail bin 'lyadh mencium Al-Husain bin Ali Al-Ju’fi; salah satu dari keduanya mencium tangannya dan yang lain mencium kakinya."

Dan hadits-hadits dan keterangan-keterangan para ulama di atas dapat disimpulkan, mencium tangan karena alasan-alasan agama adalah dibolehkan, sedangkan mencium tangan karena alasan dunia tidak dibolehkan.

Wallahu A'lam....

Hakikat Masjidil Aqsa

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid berkubah emas itu adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar di belakang. Percayalah, masjid berkubah hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock (Qubbat As-Sakhrah) sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

kisah curi unta dan berkat selawat

  

pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Rasulullah SAW lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi n memutuskan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

maka ia pun mengangkatkan kepalanya mendongak ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah SAW, “wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”

kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada unta itu, “hai unta, milik siapakah engkau ini ?”

unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, “wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini n sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

akhirnya Rasulullah SAW berkata kepada orang Muslim itu, “hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”

jawab orang Muslim itu, “wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”

Rasulullah SAW bersabda,

“engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

[ Allahumma solli wa sallim wa baarik alaik wa 'ala aalik ] ::

Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

 
sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah dalam satu ceramah mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. ia bukan tunggul gerigis bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SubhanaAllah Maha Suci Allah...

caranya bagaimana? hanya melalui sentuhan. jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan ataupun jarang anak n mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut n belailah selalu janggut suamimu itu.

[ ini sekaligus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah n kelebihannya ] wallahu A'lam.

~~ kisah Ashabul kahfi ~~



Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.
Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika manakala anjingnya bernama Kithmir.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran:
Kisah dimulai dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk menentangya.
Yahudi tadi berkata “Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahuinya maka ia benar sebagai Nabi”.
Lalu orang kafir tadi bertanya kapada Rasulallah saw tantang kisah tersebut.
Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan menentang beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah tersebut sebagaimana tertera dalam Al-Qur’an dalam surat Al-Kahfi.