Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam
di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu
Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke
dalam jiwa mereka.
Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis
kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna
Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Usaha berterusan dalam melemahkan
ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.
Semoga ALLAH melindungi kita semua.
Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan
warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan
bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad صلى
الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka
dimana pernah Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم letakkan.
Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua
yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله
وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH… betapa
kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari
tangan-tangan hina mereka sendiri.
Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan
Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila
melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH.
Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga
tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله
وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda
sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى
الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij
merayu kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan
anaknya berjuang.
Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan
akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap
Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang
dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.
Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara
Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul
Muthalib.
Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى
الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu
oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله
وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di
wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah
beliau. ALLAH…..Seraya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata dalam
keadaan menahan pedih :
كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم
“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka
mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH”
[Ibnu Hisyam, J:2]
Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di
kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad صلى الله
عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari
menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah
hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah
saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan
akhlak sebegini. ALLAHU AKHBAR……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kpd sahabat yg sudi Coment...:)
Klu Sudi DTg lg......Taqiee akn Follow Balik...:)
Syukran A-laikom Jami-an :)