# SAHABATKU #

iklan

20 Februari 2013

Bumi Bahnasa

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulilah,bertarikh pada 14 feb 2013 sy smpi kat bumi yg barokah iaitu Bahnasa dgn Persatuan Anak2 Srwk Mesir IMSAK...insyaAllah tahun depan pergi sana lg tuk menziarahi makam2 Sahabat dan Para Syuhadak..:)















Bahnasa merupakan bumi yang penuh keberkatan. Terletak di muhafazah al-Minya selatan Mesir. Disemadikan padanya 5000 jasad sahabat2 dan tabi'in2 yang gugur syahid peperangan Fathul Islami.
Di sebelah barat Bahnasa berhampiran dengan Masjid Ali Jummam(Qhodi Bahnasa) terdapat bukit-bukit yang terdapat padanya dan sekelilingnya sebahagian besar bilangan daripada kubah-kubah dan makam-makam yang dinisbahkan kepada sahabat, tabi'in dan ulama' .
Kota Bahnasa mempunyai kelebihan yang tertentu yang di dalam buminya bersemadi 5000 orang sahabat termasuk 70 orang ahli Badar. Terdapat kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang menziarahi bumi Bahnasa. Di antara ulama'-ulama' yang pernah menziarahi Bahnasa ialah Imam Bishrul Hafi, Imam Sirri as-Siqoti, Saidina Malik bin Dinar, Imam Fudoil bin 'iyad, Ibnu Sirin dan ramai lagi.
Di riwayatkan bahawa iklim Bahnasa terlebih banyak keberkatan daripada bumi yang lain. Saidina 'Amru bin al-'Ass berkata : sesungguhnya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam bersabda : tidak ada selepas Mekah, Madinah, Palestin dan Thur bumi yang berkat melainkan bumi Mesir, yang keberkatanya berada di sebelah barat Mesir. Berkata Saidina 'Amru bin al-Ass : bumi itu ialah Bahnasa.
Di antara mereka yang disemadikan di bumi yang berkat ini ialah :
1. Saidina Ziad bin Abi Sufian bin al-Harith bin Abdul Muttalib (ketua perang)
2. Saidina Sulaiman bin Khalid bin al-Walid
3. Saidina Muhammad bin Abdul Rahman bin Abu Bakar (cucu Saidina Abu Bakar as-Siddiq)
4. Sidi Fathul Bab (tabi'in)
5. Sidi Hassan bin Soleh bin Ali Zainal 'Abidin bin Husain bin Ali (cicit Saidina Husain)
6. Saidina Muhammad bin Abi Zarr al-Ghifari (anak sahabat)
7. Saidina Muhammad bin 'Uqbah bin Nafi' dan banyak lagi Radhiallahu 'anhum.


4 ulasan:

  1. salam, seronokyer dapat ke sana..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok sgt2..ada rezqi dtg la cni..hehehe

      Padam
  2. seronok belajar di negara orang..dpt kenal banyak tempat..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah...awk pn klu ada rezqi dtg la..jauh perjalanan,luas penggalaman..:)

      Padam

Terima kasih kpd sahabat yg sudi Coment...:)
Klu Sudi DTg lg......Taqiee akn Follow Balik...:)
Syukran A-laikom Jami-an :)