Bismillahirrahmanirrahim..........
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya amal
seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat,
jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Dan
jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia.
Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya,
Allah berfirman:
“Periksalah, adakah hamba-Ku itu
mempunyai solat sunat
yang dapat menampung solat fardunya?
”Demikianlah
keadaan semua amal yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)
Rasulullah saw. bersabda,
Rasulullah saw. bersabda,
"Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan
diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada
malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku
sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah
menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya
apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah
berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan
solat sunat? Kalau ada solat sunat yang dilakukannya maka Allah
berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat
sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana
kesempurnaan solatnya.” (HR Abu Daud)
Moga2 segala ibadah yg kita lakukan di terima hendaknya...
BalasPadamInsyaAllah..amin ya Rob..:)
PadamInsyaAllah.
BalasPadam