
:: Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid
Nabawi baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan
sedang membersihkan masjid. Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan
jasa lelaki itu. Tetapi Baginda selalu perhatikan lelaki itu. Suatu hari
Baginda datang ke masjid Nabawi dan tidak ternampak kelibat lelaki itu.
Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu. Mereka
memberitahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu. Muka
Rasulullah berubah. Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya.
Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu.
Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang
hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu
semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam. Dan baginda
meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu. Kemudian Rasulullah
berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami.Berikanlah
rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang
selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian Rasulullah beredar dari
tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur
disini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah
memperkenan permohonanku. Allah telah menerangkan semua kubur ini
termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."
Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat. Dan memberi peringatan pada mereka semua bahawa..
"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan
berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan
keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan
para sahabatnya ::

Gambar: Maqam Al-Imam Syaikhul Islam Syihabuddin Ahmad bin Ali, Ibnu Hajar Al-Asqalani As-Syafii hafizahullah di Kaherah, Mesir
||Kisah Cinta Al-Imam Ibnu Hajar Dan Puteri Bangsawan ||
Syahadan, srikandi itu telah sekian lama begitu sabar mendampingi
Al-Imam mengarang kitab Fathul Bari dalam kurun waktu seperempat abad.
Wanita ini bukan termasuk insan yang dikenal. Tidak juga tercatat
sebagai orang-orang masyhur. Tetapi dia hidup di dalam lingkungan ulama
dan bangsawan terkenal di zamannya.
Ya, beliau adalah
Al-Muhaddithah Syaikhah Uns binti Abdul Karim rahimahallah. Puteri
bangsawan Mesir. Puteri keluarga terpandang di Mesir. Ayahnya adalah
orang sangat terpandang di seluruh Mesir. Ibunya yang bernama Sarah
binti Nasruddin juga orang yang sangat terkenal. Sebahagian keluarganya
juga merupakan ulama terpandang. Lengkaplah sudah bahwa Uns hidup di
kalangan orang berada yang dikawal dan penuh dengan kesenangan.
Mesir menjadi tempat kelahirannya. Tahun 780 H tepatnya. Kehidupannya
sejak kecil seperti kehidupan para puteri bangsawan. Pendidikan yang
diraihnya cukup tinggi. Dengan etika kebangsawanan yang tinggi. Hingga
Syaikhah Uns di usianya yang baru menginjak dewasa sudah menjadi rujukan
bagi para wanita bangsawan lain untuk bertanya. Hal ini kerana dia
mempunyai ketajaman pemikiran dan kecerdikan minda.
Taqdirlah
yang menjodohkannya dengan Sang Imam Ibnu Hajar. Melalui perantara guru
Ibnu Hajar, Imam Ibnu Qotton. Pada bulan Syaban tahun 798 H, Mesir
menjadi saksi kebahagiaan Ibnu Hajar dan Syaikhah Uns yang melangsungkan
pernikahan mereka.
Ibnu Hajar ketika itu berusia 25 tahun sedangkan Syaikhah Uns berusia 18 tahun.
Syaikhah Uns telah memasuki dunia baru. Di sampingya kini adalah suami
yang sekaligus ulama terkenal di zamannya. Ahli hadits yang tiada
bandingnya. Dan Ibnu Hajar sungguh beruntung juga mendapat isteri
solehah yang sangat mencitai ilmu. Allah telah menjodohkan pasangan yang
sangat serasi ini. Tidak mustahillah walaupun telah berkahwin, ratusan
kitab berjaya ditulisnya termasuk karya agung Fathul Bari yang siap
ketika di alam rumah tangga...
Perkahwinan tidak sekali menghalangi sang Imam untuk terus berkarya dan berjasa kepada ummah..
Dengan penuh ketekunan dan cinta, Syaikhah Uns belajar hadits di rumah
bersama suami tercinta yang mengajarnya juga dengan segala kesabaran dan
kasih sayang.
Seiring dengan perjalanan waktu, Syaikhah Uns
mulai menjadi wanita yang memiliki ilmu hadits. Hingga suatu saat,
Syaikhah Uns menjadi salah satu dari ahli hadits wanita yang sangat
jarang didapati ketika itu. Syaikhah Uns mulai memasuki dunia keilmuwan
dan namanya dikenal oleh para pecinta ilmu.
Syaikhah Uns pun
mulai disibukkan dengan mengajarkan ilmu hadits yang dipelajarinya dari
sang suami. Seperti juga suaminya, Syaikhah Uns mempunyai murid-murid
yang banyak. Ada yang membaca shohih Bukhari dari awal hingga akhir.
Syaikhah Uns tetap seperti wanita lain. Yang suka memasak dan membuat
kueh istimewa. Setelah murid-muridnya menamatkan shohih Bukhari,
biasanya Syaikhah Uns membuat kueh dan makanan serta buah-buahan. Uns
mengundang penduduk daerah tersebut. undangan terbuka untuk umum. Semua
murid dan penduduk kampung dari yang besar hingga yang kecil semua
berduyun-duyun menghadiri kenduri besar itu. Apalagi hari itu, adalah
hari menjelang bulan Ramadhan. Pesta itu ikut dihadiri oleh suami
tercinta Ibnu Hajar.
Bahkan Imam As-Sakhowi yang juga murid
Ibnu Hajar, pernah meminta untuk belajar hadits dari Syaikhah Uns.
Dengan begitu sabar Ibnu Hajar duduk di samping isterinya yang sedang
menyemak bacaan As-Sakhowi. Kebersamaan yang sangat indah.
Kebahagiaan keluarga berkah ini dilengkapi dengan hadirnya anak-anak
buah cinta mereka. Syaikhah Uns memang luar biasa. Bukan saja sebagai
pecinta ilmu, tetapi juga wanita yang memiliki kecintaan dan kasih
sayang yang besar kepada suaminya dan memberikan keturunan untuk Ibnu
Hajar.
Setelah empat tahun mereka menanti, Allah berkenan
memberikan keturunan pertama, perempuan. Yang diberi nama Zein Khotun.
Sebuah keluarga yang tertata rapi, kerana isteri yang terdidik di
keluarga bangsawan yang penuh dengan kedisiplinan. Jarak dari satu anak
ke anak yang lain hampir rata. Sekitar tiga tahun. Allah memberikan
puteri kedua yang diberi nama Farhah. Berikutnya yang ketiga juga puteri
yang diberi nama Gholiyah. Jarak tiga tahun berikut lahir puteri
keempat yang diberi nama Robiah. Dan akhirnya yang kelima pun putri
dengan nama Fatimah.
Pasangan dengan lima puteri yang cantik
dan comel. Suasana keluarga semakin terasa indah dan meriah. Syaikhah
Uns yang telah mengabdikan hidupnya untuk suaminya membuat Ibnu Hajar
selalu merindukannya. Ketika Ibnu Hajar harus pergi meninggalkannya
menuju Mekah dalam rangka melanjutkan menuntut ilmu, jarak Mesir-Mekah
mengukir kerinduan yang mendalam di hati Ibnu Hajar. Kerinduan terhadap
kelima puterinya dan ibu dari puteri-puterinya. Ibnu Hajar sempat
menguntai bait-bait syair untuk mengungkapkan kerinduannya yang sangat
dalam.
Begitu romantik dan puitis. Kalah kisah romeo dan juliet. Begitulah kisah cinta Ulama.
Perpisahan itu, semakin menambah, kebersamaan mereka semakin indah.
Saat-saat Allah mempertemukan mereka kembali. Pada suatu hari Syaikhah
Uns meminta untuk ditemani pergi haji. Ibnu Hajar pun pergi dengan
isteri tercintanya itu untuk membangun kebersamaan itu di atas ibadah.
Setelah haji yang pertama ini, Syaikhah Uns kembali merindukan Mekah
setelah kira-kira lima belas tahun berikutnya.Syaikhah Uns meminta izin
kepada suaminya untuk pergi haji. Ibnu Hajar mengizinkannya. Kali ini
Uns ditemani oleh cucunya Yusuf Syahin yang masih kecil.
Bersama kebahagiaan ini, Allah mempunyai kehendak lain. Kebahagiaan
Syaikhah Uns bersama suami tercinta dan puteri-puterinya serta cucunya,
harus menghadapi taqdir Allah. Satu persatu puterinya meninggal di
pangkuannya. Puterinya yang ketiga dan keempat meninggal terlebih dahulu
setelah tertimpa penyakit yang mewabah waktu itu. selang beberapa tahun
berikutnya, putrinya pertama menyusul kedua adiknya. Untuk kemudian
giliran Allah memanggil putrinya yang kedua dan terakhir.
Dengan segala keteguhan hati,Syaikhah Uns menerima taqdir Allah, melepas
kepergian belahan jiwanya. Tidak ada keluh kesah, yang ada adalah
pasrah Kepada Allah.
Syaikhah Uns bak mutiara kilauannya semakin bersinar dari hari ke hari.
Setelah lima puluh empat tahun mereka berbahagia bersama. Saling
membantu, memahami, memaafkan dan bercinta. Pada bulan jumadil awal
tahun 852 H Ibnu Hajar mendapat musibah sakit. Sakit itu berlanjutan
sampai tujuh bulan lamanya. Dengan penuh pengabdian yang tulus dan
kesabaran yang luar biasa, Uns merawat suaminya. Hingga pada malam Sabtu
tanggal 28 Dzul Hijjah tahun 852 H Uns harus melepaskan orang yang
paling dicintainya dalam hidupnya. Harus melepas kenangan indah bersama
suaminya. Untuk dilanjutkan kelak di akhirat sana.
Syaikhah Uns
adalah wanita yang sangat setia. Tidak terfikir olehnya untuk menikah
lagi. Padahal Syaikhah Uns masih hidup 15 tahun lagi setelah ditinggal
suaminya. Dalam rentang 15 tahun itu Syaikhah Uns menghabiskannya untuk
iimu, ibadah dan pengabdian kepada masyarakat. Allah berkenan memberinya
usia panjang. Pada usianya yang ke-87 tepatnya bulan Robiul Awal tahun
867 H, Syaikhah Uns harus menghadap Penciptanya menyusul suami
tercintanya rahimahumullahu ta'ala di taman-taman syurga.

Antara kelebihan membaca al-Quran
1] Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2]1Pahala membaca satu huruf daripada al-quran : Menurut Ibn Majah
digandakan hingga 400 kali dan al -Jauzi pula berpendapat digandakan
sebanyak 700 kali.
3] Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4] Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5] Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6] Pada hari kiamat al-Quran menjadi pembela.
7] Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
8] Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9] Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin.
10] Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.
11] Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12] Jika dibaca dari dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13] Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) akan mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14] Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
15] Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
16] Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
17] Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18] Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19] Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
Masa yang diutamakan Membaca al-Quran : Tengah malam sehingga fajar, antara maghrib dan isyak dan sesudah solat subuh.